Mentor 6 | Konsert 4 | Kump. A
Malam ini merupakan konsert penentuan bagi kumpulan A. Antara Ana dan Tisha, siapakah yang bakal menemani Anas ke peringkat separuh akhir? Bersama TekanPlay hingga ke akhir.
Anas – Bonda & Sahabat Selamanya
Tidak dinafikan Anas mempunyai vokal yang baik. Beliau seorang yang versatil dan boleh menyanyikan pelbagai genre dengan baik. But in my honest opinion, dari segi persembahan pentas, Anas tidak menjaga tingkahnya dengan baik sehingga adakalanya, pergerakan beliau seperti tidak ‘matang’, seperti beliau menyanyi untuk diri sendiri, bukan untuk penonton. Pilihan lagu Bonda sudah tepat, tetapi cara pembawakannya tidak sematang lagu yang beliau sampaikan. Tidak semua lagu harus ‘diremajakan’ mengikut konsep penyanyinya.
Verdik: 6/10
Ana – Ingkar & Tentang Rasa
Vokal Ana mempunyai keunikkan tersendiri tetapi ia tidak memberikan beliau kelebihan untuk menyanyikan pelbagai genre muzik. Bukan tidak sedap, tetapi kualiti vokal Ana lebih spesifik kepada genre tertentu, mungkin seperti jazz. Hal ini menyebabkan beliau selalu kedengaran tidak menyerlah sepanjang berada di Mentor kerana pemilihan lagu-lagu tidak bertepatan. Mungkin pertandingan ini bukan untuknya.
Verdik: 4/10
Tisha – The Climb & Pilihlah Aku
Kelainan yang diberikan pada lagu The Climb adalah idea yang cantik. Akan tetapi Tisha tidak merealisasikan dengan sempurna. Vokalnya seakan tersekat dan pitching-nya tidak tepat. Beliau membuat lebih elok untuk lagu kedua tetapi rasanya Tisha tidak punyai aura bintang yang kuat. Tarikannya kurang. Tetapi pujian boleh diberikan kerana persembahannya secara keseluruhan adalah bertenaga dan Tisha kelihatan bersungguh-sungguh.
Verdik: 5.5/10
Pilihan TP: Tiada
Keputusan Penuh:
Anas – 49/100
Ana – 47/100
Tisha – 70/100
Ana tersingkir!


















