TekanPlay

Lagenda Budak Setan 2 : Katerina
Filem Lagenda Budak Setan yang pertama berjaya meninggalkan impak yang baik. Biarpun ia tidak digarap dengan sempurna, namun nilai komersial yang terdapat dalam novel asal filem ini berjaya menarik perhatian penonton.

Lagenda Budak Setan 2: Katerina merupakan sekuel kedua daripada 3 siri kisah Budak Setan ini. Jika dahulunya watak Katerina dimainkan oleh Nur Fazura, namun watak tersebut berpindah tangan kepada Maya Karin dalam episode kedua ini. Fazura melakonan watak Katerina dengan begitu baik dan pemilihan Maya sebagai pengganti dirasakan bersesuian.

Jika sebelum ini kisah percintaan Kasyah dan Ayu dijadikan menu utama, kali ini watak Katerina diberikan tumpuan. Selepas kematian Ayu, Kasyah terpaksa membesarkan bayi kecilnya, Athirah bersedirian, biarpun dia menetap bersama abangnya, Iskandar (Azri Iskandar) dan seorang pembantu rumah. Katerina pula cuba untuk memulakan hidup baharu selepas dia meghadapi tekanan akibat percintaannya yang gagal. Kasyah dan Katerina akhirnya berjumpa semula, dan bibit-bibit percintaan mereka kembali terjalin. Namun Katerina acap kali diganggu oleh Hisyam (Bront Palarae) bekas kekasihnya yang terlalu ingin kembali kepadanya.

Kasyah dan Katerina bersetuju untuk membina hidup bersama tambahan pula Athirah memerlukan seorang figura ibu untuk menjaganya. Hubungan mereka berantakan apabila Kasyah diperangkap dan hal ini menyebabkan Katerina kecewa dan mengambil keputusan berkahwin dengan Hisyam. Kasya pula terpaksa berdepan dengan masalah abangnya, seorang penjenayah yang diburu. Masalah semakin meruncing sehingga nyawa yang mereka sayangi menjadi korban.

LBS2 ditunjangi oleh pelakon yang berbakat. Maya, Farid dan Bront menghidupkan filem ini biarpun plotnya mendukacitakan. Mungkin akibat filem ini adalah adaptasi daripada sebuah novel, ceritanya begitu ‘hindustan’ dan tidak mempunyai arah yang baik. Pengarah dan penulis seakan mahu memaksa penonton merasai kesedihan dan hiba watak-wataknya dengan pelbagai konflik diwujudkan. Ceritanya semak dan penat untuk dirasai.

Kalau mahu dibandingkan dengan LBS1, filem tersebut lebih mudah untuk diterima. Ia tidak melebih-lebih dan lebih terurus. TP hairan mengapa pada mulanya Katerina digambarkan seakan berada dalam zon tekanan perasaan kerana cintanya dan Kasyah tidak berhasil, tetapi mudah untuk menerima Kasyah kembali dalam sekelip mata sedangkan sebelum itu dia seakan mahu membina sebuah kehidupan baharu. Keliru dengan penceritaan, semuanya menjadi lebih kusut apabila percintaan mereka dihalang padahal seingat TP, dalam LBS1, tiadapun Katerina meluahkan perasaan cintanya kepada Kasyah. Dia hanya memendam , tetapi mengapa ibu Katerina begitu berang dengan Kasyah?

Sayang, filem ini dibintangi oleh para pelakon hebat namun hasilnya tidak setanding dengan keberkesanan persembahan wataknya. Sebagai wanita berkerjaya, Maya melunaskan tanggungjawab dengan sempurna. Gaya dan perwatakan beliau secukup rasa. Begitu juga dengan Bront Palarae sebagai Hisyam. Kegilaan beliau menjadi dan amat menjengkelkan.

Biarpun TP kecewa dengan LBS2, penerbit bijak meletakkan sedutan sekuel seterusnya, LBS3:Kasyah pada pengakhiran filem ini. Sedutan tersebut kelihatan amat menarik dan sudah pasti TP akan menantikan kemunculannya di pawagam, lebih-lebih lagi ia adalah penutup trilogi Budak Setan ini. Apa-apapun, tontonlah LBS2 sekiranya mahu melihat Maya keluar daripada jiwa Izzah.

Teater Tun Siti Hasmah
Teater Tun Dr Siti Hasmah (TTSH) baru sahaja melabuhkan tirai pementasannya semalam. TP berkesempatan untuk mendapatkan tiket bagi merasai pengalaman menyaksikan teater khas ini. Secara keseluruhan, teater ini menghiburkan dengan lakonan para pendukung watak yang baik. Usaha untuk membawa masyarakat mengenali sejarah hidup Tun Dr. Siti Hasmah wajar diberikan pujian lebih-lebih lagi kerana beliau merupakan salah seorang tokoh negara yang disegani biarpun beliau hanyalah seorang isteri mantan perdana menteri.

Sebagai pengarah, Eirma masih mengekalkan konsep teater yang serupa. Sungguhpun TTSH boleh dianggap sebagai berhasil, namun terdapat beberapa perkara yang sedikit mencela. Lima belas minit pertama teater ini tidak begitu menarik perhatian TP kerana terlalu banyak lagu diselang-selikan dengan cerita. Mungkin keceriaan yang cuba diselitkan menerusi lagu-lagu tersebut adalah untuk membayangkan zaman muda Tun Hasmah yang penuh warna. Namun bagi TP, penggunaan teknik lip sync menjadikan persembahan-persembahan tersebut kurang menjadi. Tidak jelas apa yang disebut dalam nyanyian lebih-lebih lagi apabila para pelakonnya bergantung kepada suara penyanyi lain.

Graf teater ini mula menaik apabila ia menjengah ke pertengahan cerita. Satu demi satu cabaran yang pernah Tun Hasmah hadapi, dibongkar. Biarpun begitu, TP ingin mempersoalkan mengapa harus diwujudkan watak-watak sampingan sebagai pencerita untuk menerangkan apa yang dilalui oleh Tun Hasmah? Seharusnya penonton sendiri dapat merasai emosi dan konflik yang melanda melalui penyampaian watak utama utama itu sendiri.

Sebagai Tun Hasmah dewasa, Eja mempunyai fizikal yang bersesuaian. Raut wajahnya, ditambah pula dengan penggunaan rambut palsu, mempunyai iras Tun dan ia menjadikan watak tersebut ‘believable’. Tetapi sayangnya, dari sudut lakonan, Eja mungkin tidak dapat memberi justifikasi yang sempurna. TP merasakan ada sesuatu yang terhad dalam pergerakan dan perwatakan yang disampaikan oleh Eja kalau mahu dibandingkan dengan para pelakon yang lain seperti Esma Daniel (Tun Mahathir), Radhi Khalid dan Azizah Mahzan. Mereka yang disebutkan sebenarnya berjaya mencuri perhatian daripada watak utama sendiri.

Mungkin juga kekurangan ini boleh diletakkan ke atas bahu penulis cerita. Seharusnya teater menjadikan cerita Tun Hasmah sebagai tonggak utama tetapi kebanyakkannya telah ditutupi oleh ‘kebesaran’ kisah Tun Mahathir. Memang Tun Mahathir memainkan peranan yang amat penting dalam kisah hidup Tun Hasmah tetapi mungkin sudut penceritaan tersebut tidak diperhalusi agar penonton dapat merasai segalanya dari sudut pandangan Tun Hasmah.

Contoh yang jelas ialah babak dimana Tun Mahathir meletakkan jawatan beliau. Babak tersebut begitu berkesan dilakonkan sehingga TP lupa, ia bukan berkenaan beliau. Sedikit lambat untuk penulis menyuntik perasaan Tun Hasmah sewaktu pengumuman itu dibuat sedangkan ia patut dijadikan sebagai fokus utama. Adegan di pejabat Tun Mahathir (di pengakhiran) juga dirasakan kurang bersesuaian. Menghiburkan, mungkin. Relevannya? Kurang. Ini kerana teater ini adalah tribute Tun Hasmah, bukan Tun Mahathir.

Sebagai sebuah teater, TTSH kurang memberikan impak pentas yang boleh dingati. Babak-babak Tun Hasmah yang diciptakan kurang berjaya meninggalkan kesan yang mendalam sehingga mampu diingati selepas ia selesai. Teater ini begitu bergantung pada nama pelakonnya dan seakan meletakkan subjek utama sebagai sajian sampingan. Nilai komersial itu penting, tetapi TP merasakan lebih baik sekiranya fokus lebih ditumpukan pada jalan cerita dan keberkesanan kisah yang mahu disampaikan.

Moga akan ada musim baharu teater ini yang lebih baik disusun agar kisah Tun Dr Siti Hasmah dapat diabadikan dengan indah dalam ingatan setiap yang menonton.

Credit Foto: OhBulan.com

Zaiton Ceritaku
Bruang Filem Sdn. Bhd. mengambil langkah berani untuk mengabadikan kisah tragik penyanyi terkenal suatu masa dahulu iaitu Zaiton Sameon dalam sebuah biopik ‘Zaiton Ceritaku’. Difahamkan, filem yang bakal menjengah pawagam pada 1 November  2012 ini adalah versi kedua penceritaan, di bawah arahan Esma Daniel setelah versi asal yang diteraju oleh Fauziah Nawi tidak mendapat kelulusan pihak penerbitan untuk ditayangkan.

Jadi hasrat untuk melihat pelakon kontroversial, Mislina Mustafa membawa watak Zaiton tidak kesampaian apabila karakter tersebut beralih tangan kepada pelakon baru yang sedang meningkat naik, Nadia Aqilah.

Filem ‘Zaiton Ceritaku‘ menyorot kisah kehidupan penyanyi yang pernah menggegar dunia seni tanahair ini selepas tragedi kemalangan yang menimpa dirinya. Jika sebelum ni, ramai yang tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada Zaiton Sameon, kini penonton bakal didedahkan sedikit sebanyak dengan cerita beliau.

Sebagai sebuah biopik, filem ini dilihat sebagai satu percubaan yang baik. Sesuatu yang pasti, lakonan Nadia Aqilah wajar dipuji kerana beliau berjaya membawa watak Zaiton dengan berhasil. Lontaran dan permainan emosi yang ditonjolkan, membuktikan bahawa Nadia adalah satu nama yang harus diambil peduli kerana bakat yang beliau ada lebih baik daripada kebanyakan pelakon baru yang lebih popular hasil daripada kontroversi tak tentu hala. Beliau disolek dan ditatarias sehingga menampakan iras Zaiton Sameon. Menarik!

Begitu juga dengan cast yang lain. Karl Shafek, Fazlina Ahmad Daud, Arash Mohamad, dan Sharonnizam berjaya memberikan persembahan yang baik. Turut membantu, skor dan muzik latar filem ini. Ia indah. Versi baru lagi Kabut Serangkai Mawar dan Menaruh Harapan sangat mengasyikkan.

Namun begitu, sekiranya mahu menyatakan bahawa Nadia berjaya menjadi “Zaiton Sameon” dalam filem, ia mungkin tidak. Masih ada lagi jiwa Zaiton Sameon itu sendiri yang kurang beliau realisasikan baik dari sudut nyanyian (bear in mind, Nadia adalah seorang penyanyi yang bagus) , pertuturan mahupun gerak gerinya.

Begitu juga dengan penceritaan filem ini. Seakan ada sesuatu yang tidak dilepaskan dengan sempurna sehingga emosi berat yang cuba disampaikan untuk meluahkan kisah benar Zaiton, tidak dapat dirasai secukupnya. Ia seakan sebuah drama famili biasa biarpun ada ketika berjaya menyentuh perasaan tetapi tidak cukup.

Dan kiranya mahu dijadikan sebagai tauladan, tidak pasti apa yang boleh dijadikan iktibar. Ini kerana Zaiton di dalam filem dilihat hanya sebagai seorang bintang yang jatuh selepas kemalangan. Tidak pula ditonjolkan kisah-kisah panas beliau yang boleh dijadikan pengajaran.  Harus diingat, nama Zaiton Sameon cukup besar. Amat besar sehingga mampu diingati sampai kini. Lagunya menjadi siulan, tak kira usia. Tetapi filem ini tidak ‘sebesar’ yang diharapkan.

Mungkin penerbit mahu menjaga hati Zaiton sendiri? Alasan itu boleh diterima tetapi sebagai sebuah filem, tindakan itu telah menarik tarikan dan aset penting filem tersebut yang pasti akan lebih memberi kepuasan. Segala cerita seperti dilapik-lapik supaya ia tidak menyinggung perasaan.

‘Zaiton’ boleh ditonton dan diberi perhatian kerana nilai komersial pada nama Zaiton Sameon itu sendiri masih ada. Terima kasih kepada Bruang Filem kerana menghasilkan filem ini dan semoga nama Zaiton Sameon terus diingati. Yang pasti her signature song, ‘Menaruh Harapan’ will be remembered forever sebagai salah sebuah pop melayu yang berhantu.

Black ft. Malique | Teman Pengganti

29 Februari
Tahniah kepada Edry Abd Halim dan KRU Sudios kerana telah berjaya menghasilkan filem 3D stereoskopik pertama negara. Walaupun TP hanya dapat menonton filem tersebut dalam 2D baru-baru ini, namun TP menyukai visual yang dipaparkan. Gambar dan warnanya cukup jelas. Bravo!

Remy Ishak menggalas tugas sebagai pelakon utama bernama Budi dalam filem muzikal drama ’29 Februari’ ini. Beliau dibantu oleh Jojo Goh (Lily), Izzue Islam (Razak), Namrom (Pak Salam) dan beberapa nama lain lagi.

Asas ceritanya adalah berkenaan Budi. Dilahirkan pada 29 Februari 1986, Budi hanya akan meningkat usia 4 tahun sekali iaitu setiap tahun lompat. Edry dan Ami Hafizi mengambil peluang menerusi idea ini untuk menonjolkan kemampuan mereka merealisasikan sebuah filem yang memperlihatkan peredaran zaman yang berlaku di Malaysia dari sewaktu penjajahan British, serangan Jepun, kemerdekaan Malaya, tragedi 13 Mei dan sehinggalah ke tahun 2012.

Watak Budi berjaya merasai kehidupan selama 120 tahun. Penonton disajikan dengan perlbagai kesan khas yang cukup menarik. Pastinya kerja keras diberikan oleh pasukan filem ini untuk ‘menghidupkan’ kembali babak pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka pada tahun 1957. Mungkin hasilnya tidak terlalu sempurna, namun ia menarik.

Tetapi sukar bagi TP untuk memberikan standing O untuk filem ini kerana hasil ceritanya tidak seperti yang diharapkan. Idea tentang kehidupan Budi itu tidak digarap dengan sehabis baik, tetapi fokus lebih diberikan kepada kisah percintaan ‘agungnya’.

Sebagai Budi, Remy Ishak dapat menghidupkan watak seorang pemuda naïf yang dahagakan kasih sayang dan menghargai apa yang dia ada. Begitu juga dengan Jojo Goh sebagai Lily. Beliau memberikan hasil kerja yang baik tetapi tiada apa yang cemerlang. Biasa sahaja. Sayang, naskhah filem ini sendiri tidak memberi peluang secukupnya kepada Remy mahupun Jojo untuk mendalami watak yang diberikan kerana filem yang mempunyai idea yang berat ini telah ‘diringankan’ sehingga menjadi sebuah filem cinta biasa yang agak meleret.

Mungkin Edry mahu mewujudkan sifat ‘epik’ dalam kisah percintaan Budi dan Lily a la Titanic ataupun mungkin Curious Case of Benjamin Button tetapi hasilnya tidak cukup kuat malah lemah dari pelbagai segi. Bukan sahaja TP tidak dapat merasai agungnya cinta dua bangsa tersebut, tetapi TP turut terganggu dengan skrip yang tidak selari dengan peredaran zaman.

Budi melalui pelbagai zaman yang berbeza namun intonasinya tidak menunjukkan perbezaan tersebut. Budi seakan senang mengadaptasi kehidupannya dan lebih ‘moden’ berbanding tahun-tahun yang dilalui.Filem ini mungkin terlalu menitikberatkan perihal efek dan ‘gah’nya sahaja sehingga pengarah dan penulis tercicir nilai istimewa cerita asasnya. Potensinya cukup besar namun ia lemas dalam imaginasi berlebihan.

Ada yang memuji filem ini bersifat patriotik, tetapi dari sudut apa? Unsur patriotik yang diselitkan hanyalah sekadar jamuan mata untuk menerbitkan ‘wow’ dan ‘ahh’ dari mulut penonton. Adakah filem ini layak digelar sedemikian? Tidak kerana Budi sendiri tidak membawa sifat itu sehingga ke hujung.

Wataknya terlalu kalut dalam cinta yang mati ditengah jalan, dan di pengakhiran, kisahnya tidak mampu menggegar jiwa. Apa-apapun ‘29 Februari’ adalah usaha yang baik oleh pihak KRU Studios. Cuma diharapkan, lain kali titik beratkanlah soal cerita juga biar seiring dengan teknologi. Barulah sedap nak dipuji, dibanggakan dan diiktiraf ke peringkat antarabangsa. Kecewa dengan hasil ini, tetapi apa boleh buat? Dah siap pun…

Jaclyn Victor | Jagalah Diri
Single ini bakal dimuatkan dalam runut bunyi bagi filem terbaru terbitan KRU Studios, 29 Februari yang bakal ditayangkan Ogos nanti. Jaclyn Victor dipilih untuk menggalas tanggungjawab menyanyikan balada besar ini. Edry jelas cuba mengulang kembali magis yang pernah beliau cipta menerusi lagu Sedetik Lebih yang meraih perhatian umum.

Secara asas, lagu ini sedap biarpun perlu diberi masa agar melodinya dapat ditangkap. Susunan muzik orkestra dalam lagu ini mewujudkan elemen dramatik, yang mungkin bersesuaian dengan konsep filemnya. Pemilihan Jac dianggap wajar kerana kemampuan vokal beliau memberi enaga kepada lagu ini.

Tetapi Jagalah Diri seperti ada kekurangan yang sukar diungkap kalau mahu dibandingkan dengan Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain. Naskhah Edry kali ini bukan tidak bagus, tetapi mungkin melodi yang beliau sampaikan tidak begitu segar. Ia seakan pernah didengari sebelum ini walaupun bukan secara keseluruhan.

Biarpun Edry berjaya memanipulasi vokal Jac ke tahap maksima, tetapi ada permasalahan dalam sebutan terutamanya pada verse awal. Ia sedikit menjejaskan permulaan lagu ini.Namun begitu, secara keseluruhan penyampaian Jac dianggap baik dan lagu ini boleh menjadi hit sekiranya diberi masa dan perhatian yang secukupnya.

Jaclyn Victor | Jagalah Diri

Alyah | Pesananmu

Jiwa Taiko
Sebelum hadirnya Ombak Rindu, nama Osman Ali tidaklah begitu gah di mata penonton filem biarpun ada beberapa karya beliau yang menyerlah sepeti Anak Halal dan Cun!. Ombak Rindu seakan telah membuka lembaran baru buat pengarah ini dan ramai mata mula memberi lebih perhatian kepadanya.

Hari ini, filem terbaru Osman berjudul Jiwa Taiko membuka tirai tayangan di panggung tempatan. Dibintangi oleh barisan pelakon ternama seperti Remy Ishak, Bront Palarae, Diana Danielle dan Nadiya Nissa, filem ini secara amnya mengisahkan tentang gejolak dunia remaja .

Malang sekali bagi Osman, naskhah beliau kali ini dirasakan adalah yang terburuk dalam resume penulisan beliau. Jiwa Taiko tenggelam dalam sebuah kisah percintaan yang memualkan. Biarpun tajuknya kedengaran ganas dan diwar-warkan juga filem ini mengetengahkan seni silat Melayu, namun isinya amat lembik dan mendayu-dayu.

Kesilapan ketara Jiwa Taiko adalah ceritanya sendiri yang terlalu sinonim dengan Osman. Beliau seperti kekeringan idea untuk mengolah sebuah kisah remaja sehingga filem ini kelihatan seperti versi murahan Anak Halal kerana formulanya sama.

Amat sukar untuk TP menghabiskan tontonan filem ini kerana ia mengecewakan. TP mahu untuk menyukainya namun gagal. Mungkin harapan yang tinggi terlalu diberikan terhadap filem ini. Lakonan mantap Nadiya Nissa dan Bront Palarae juga tidak mampu menyelamatkan Jiwa Taiko daripada terus hanyut dan lemas dalam fantasi Osman.

Bukan sahaja penceritaannya tidak dapat diterima, teknik suntingan filem ini turut mengganggu perjalanan tontonan. Perkara yang paling mengganggu adalah teknik pertukaran babak yang digunakan oleh Osman. Cukup menjengkelkan. Mungkin ada yang suka, tetapi TP tidak.

Jiwa Taiko ibarat sebuah mimpi ngeri. Ia tidak harus diingat lagi.

Hoore! Hoore!
Bersempena memperingati 20 tahun pemergian Allahyarham Sudirman Hj Arshad, Astro Shaw dengan kerjasama Real Films mengambil langkah menerbitkan sebuah filem muzikal yang mengandungi 13 lagu popular beliau seperti Merisik Khabar, Salam Terakhir, Terasing dan banyak lagi. Hoore! Hoore! dibintangi oleh barisan pendatang baru dunia perfileman tempatan seperti Nurfarah Nazirah, Akim Ahmad dan Kilafairy. Diarahkan oleh pengarah tersohor Saw Teong Hin, filem ini turut dilakonkan oleh Fauziah Nawi, Harun Salim Bachik dan Adibah Noor.

Filem muzikal bukanlah sesuatu yang dekat dengan penonton tempatan. Biarpun genre sebegini diangkat tinggi martabatnya di Hollywood sebagai contoh, namun ramai yang kurang terdedah dengan material sebegini. Ada sesetengah mungkin akan menganggap selingan lagu dalam filem sebegini akan mengganggu fokus tontonan lebih-lebih sekiranya lagu yang diperdengarkan kurang menambat hati. Oleh itu, langkah yang diambil penulis dan penerbit filem ini adalah sesuatu yang bijak kerana pasti ramai sudah mengenali lagu-lagu dendangan penghibur no 1 Asia ini.

Hoore! Hoore! mempunyai asas yang cukup kuat untuk menambat penonton Melayu terutamanya. Biarpun ada karakter-karekter yang diwujudkan adaah sedikit cliche, namun jarang kita dipersembahkan dengan satu filem yang mampu dijadikan tauladan dan inspirasi pada erti sebenar. Filem ini tidak berlindung disebalik perkara yang negatif untuk kononnya menyampaikan mesej tentang diri, ibubapa, keluarga dan agama. Mesejnya telus, peringatannya tepat. Tunjang filem ini tidak hanya terhad pada lakonan cemerlang ramai pelakonannya seperti Fauziah Nawi, Adibah Noor dan juga pendatang baru Nurfarah Nazirah, tetapi ia turut dibantu oleh sinematografi dan gubahan semula lagu-lagu Sudirman oleh Audi Mok.

Hubungkait antara cerita dan lagu-lagu yang dipilih amat lancar dan ada babak-babaknya cukup menyentuh perasaan. Bukan itu sahaja, bait-bait dialognya juga ada ketika mampu menyentap hati dan juga mehamburkan ketawa yang cukup memuaskan. Hoore! Hoore!  mungkin nampak seperti sebuah filem biasa untuk tontonan keluarga (pelakon utamanya pasti ramai yang kurang mengenali) , namun rasanya sudah bertahun industri kita tidak mempunyai filem keluarga digarap kemas sebegini yang amat menghiburkan.

Muzikal yang bakal dibuka pada 24 Mei ini mungkin tidak dapat menambat hati sesetengah pengkritik filem profesional yang mahukan sesuatu yang lebih tinggi darjatnya tetapi secara jujur, apa yang dipersembahkan oleh Saw Teong hin sudah cukup untuk meraih pujian oleh mereka yang mahukan hiburan bijak.  Kita tidak perlu senantiasa diberi filem-filem berstatus “Malaysia” untuk menghargai dan memuji karya tempatan kerana walaupun Hoore! Hoore! kurang sifat Malaysia-nya itu, ia masih lagi sebuah filem yang bernas dan layak diangkat di pentas anugerah tempatan.