Najwa Latif | Carta Hati
Info
Tahun: 2012Cinta Muka Buku (CMB) menjadi hit diluar jangkaan. Populariti lagu tersebut mencanak naik sehingga menjadi siulan segenap lapisan usia. Tiada yang menduga, gadis genit ini mampu mencipta fenomena tersendiri sehingga berjaya menjadi antara artis yang dijemput untuk membuat persembahan dan berkongsi pentas dengan bintang Youtube antarabangsa di AIM 18 baru-baru ini. Kini Carta Hati, single [...]
Cinta Muka Buku (CMB) menjadi hit diluar jangkaan. Populariti lagu tersebut mencanak naik sehingga menjadi siulan segenap lapisan usia. Tiada yang menduga, gadis genit ini mampu mencipta fenomena tersendiri sehingga berjaya menjadi antara artis yang dijemput untuk membuat persembahan dan berkongsi pentas dengan bintang Youtube antarabangsa di AIM 18 baru-baru ini.
Kini Carta Hati, single kedua beliau bersedia untuk menawan hati dan minda pendengar. Petikan gitar Najwa pada permulaan lagu ini seakan memberi harapan kepada TP bahawa ini mungkin lebih baik daripada CMB. Verse pertamanya juga mempunyai vibe yang membuai, dan TP mahu terus mendengar. Namun selepas minit 1.19 (berdasarkan video ini), harapan itu nyata sia-sia. Carta Hati diteruskan tanpa struktur lagu yang jelas. Another monotonous tune. At least CMB ada juga nampak sedikit beza antara verse dan chorusnya, namun ini tidak terjadi di dalam lagu ini. And why am I not surprised?
Setahu TP, lagu-lagu yang tiada struktur sebegini adalah lagu nursery rhymes seperti Twinkle Twinkle Little Star, Mary Had A Little Lamb dan pelbagai lagi. Jadi tidak salah sekiranya kalau TP mahu meletakkan lagu Carta Hati ini di dalam kelompok tersebut, bukan?
Sebenarnya naskhah ini mempunyai pontensi yang besar untuk dikembangkan melodinya itu namun penciptanya memilih untuk meletakkan had dalam idea kreatifnya. 4 chords and that’s it! Where’s the effort? Where’s the dynamic? Where’s the creativity?
Lirik lagu ini juga jelas menunjukkan angan-angan seorang anak gadis berusia 16 tentang percintaan.(Read: Angan-angan) Come on, what do you know about love girl? Fine, it is just a song. Anyone can sing it. Tua atau muda, lagu ini sesuai untuk semua.
But the truth is, as a whole, the song is as immature as Malaysian politics. No depth, meaning and whatnot. Lagu ini boleh diubah susunan muziknya mahupun ditukar penyanyinya namun itu tidak akan mengubah fakta bahawa lagu ini adalah karya yang lemah. Najwa, you have the potential to be good, please don’t waste it!
















