Jaclyn Victor | Jagalah Diri
Info
Tahun: 2012Single ini bakal dimuatkan dalam runut bunyi bagi filem terbaru terbitan KRU Studios, 29 Februari yang bakal ditayangkan Ogos nanti. Jaclyn Victor dipilih untuk menggalas tanggungjawab menyanyikan balada besar ini. Edry jelas cuba mengulang kembali magis yang pernah beliau cipta menerusi lagu Sedetik Lebih yang meraih perhatian umum. Secara asas, lagu ini sedap biarpun perlu [...]
Single ini bakal dimuatkan dalam runut bunyi bagi filem terbaru terbitan KRU Studios, 29 Februari yang bakal ditayangkan Ogos nanti. Jaclyn Victor dipilih untuk menggalas tanggungjawab menyanyikan balada besar ini. Edry jelas cuba mengulang kembali magis yang pernah beliau cipta menerusi lagu Sedetik Lebih yang meraih perhatian umum.
Secara asas, lagu ini sedap biarpun perlu diberi masa agar melodinya dapat ditangkap. Susunan muzik orkestra dalam lagu ini mewujudkan elemen dramatik, yang mungkin bersesuaian dengan konsep filemnya. Pemilihan Jac dianggap wajar kerana kemampuan vokal beliau memberi enaga kepada lagu ini.
Tetapi Jagalah Diri seperti ada kekurangan yang sukar diungkap kalau mahu dibandingkan dengan Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain. Naskhah Edry kali ini bukan tidak bagus, tetapi mungkin melodi yang beliau sampaikan tidak begitu segar. Ia seakan pernah didengari sebelum ini walaupun bukan secara keseluruhan.
Biarpun Edry berjaya memanipulasi vokal Jac ke tahap maksima, tetapi ada permasalahan dalam sebutan terutamanya pada verse awal. Ia sedikit menjejaskan permulaan lagu ini.Namun begitu, secara keseluruhan penyampaian Jac dianggap baik dan lagu ini boleh menjadi hit sekiranya diberi masa dan perhatian yang secukupnya.















