Chow Kit
Info
Tahun: 2012Filem ini adalah gabungan dua cerita tentang kehidupan manusia yang menghuni dunia Chow Kit. Diadun dengan kemas, kekuatan filem ini terletak pada keberkesanan lakonan para pemainnya biarpun mereka bukan terdiri daripada nama-nama popular industri filem tempatan. Chow Kit sangat jujur dalam penyampaian. Ada ketika minda menyoal, benarkah kehidaupan hitam sebegini wujud di belakang lorong-lorong Chow [...]
Filem ini adalah gabungan dua cerita tentang kehidupan manusia yang menghuni dunia Chow Kit. Diadun dengan kemas, kekuatan filem ini terletak pada keberkesanan lakonan para pemainnya biarpun mereka bukan terdiri daripada nama-nama popular industri filem tempatan. Chow Kit sangat jujur dalam penyampaian. Ada ketika minda menyoal, benarkah kehidaupan hitam sebegini wujud di belakang lorong-lorong Chow Kit? Benar atau rekaan, Dhojee dan Brando berjaya menanamkan kepercayaan dan membawa penonton masuk ke dalam dunia yang dipancarkan oleh mereka.
Skripnya telus tanpa sebarang kiasan. Ia tajam dan mungkin boleh menyinggung golongan konservatif. Tetapi skripnya juga yang menghidupkan Chow Kit. Kadang terfikir, Haruskah penulis tempatan mencipta sebuah karya menyentuh isu-isu gelap, baru ia berkesan? Contoh terkini, Songlap dipuji kerana kejujuran yang wujud dalam ceritanya. Tetapi rasanya, Chow Kit lebih ‘menyentuh’ dan tampak lebih ‘sakit’.
Setiap karakter yang diwujudkan mempunyai pertalian antara satu sama lain. Suka atau tidak dengan dunia ini, penonton yang mempunyai hati pasti akan terbit rasa simpati. Begitu kuat jiwa yang disampaikan. Sukar untuk mendapatkan karya sebegini lagi sekiranya filem ini tidak diberikan perhatian. Chow Kit amat wajar ditonton!
















