Random Article
 

 
 

 
 

Anuar Zain

0
Posted October 23, 2011 by TP in 2011
AZ

Rating

Vokal
8.5


Lagu & Lirik
9.0


Susunan Muzik
9.5


Rakaman
9.0


Total Score
9.0


Info

Tahun:
 
Penyanyi:
 
 
 

Agak lama TP mengambil masa untuk menilai naskah terbaru penyanyi lelaki hebat ini kerana betul-betul mahu menghargai apa yang disediakan oleh Anuar Zain. Album terakhir beliau begitu tinggi kualitinya, jadi pasti untuk rekod kali ini, peminat mengharapkan sesuatu yang mungkin berbeza tetapi masih baik. Setelah diamati, album terbaru beliau ini tidak banyak perbezaannya. Tetapi muzik [...]

by TP
Full Article

Agak lama TP mengambil masa untuk menilai naskah terbaru penyanyi lelaki hebat ini kerana betul-betul mahu menghargai apa yang disediakan oleh Anuar Zain. Album terakhir beliau begitu tinggi kualitinya, jadi pasti untuk rekod kali ini, peminat mengharapkan sesuatu yang mungkin berbeza tetapi masih baik.

Setelah diamati, album terbaru beliau ini tidak banyak perbezaannya. Tetapi muzik yang dipersembahkan oleh Anuar menerusi album ini, ibarat sebuah pengalaman ‘fine dining’ yang memukau. Anuar bertindak sebagai produser eksekutif dan beliau juga menjadi tunjang kepada konsep album ini. Dibarisi dengan lagu-lagu ciptaan komposer Indonesia dan Malaysia seperti Numata, Irwan Simanjuntak, Alwyn Santiago dan beberapa nama lagi, album 8 trek ini cukup indah.

‘Ku Berjanji Karna Cinta’ menjadi pembuka dan juga single sulung album ini. Ciptaan Andi Rianto, lagu ini adalah pembuka sajian yang baik. Alunan gitar sebagai intro memberikan mood yang syahdu. Namun lagu ini tidak cukup hebat kalau hendak dibandingkan dengan deretan lagu-lagu lain selepasnya.

Trek kedua, ‘Nadi Terhenti’ ciptaan Alwyn Santiago adalah salah satu lagu yang dirasakan tinggi citarasanya. “Sukarnya memendam rasa/Sukar menimbus rindu/Terpaksa ku lawan gelora” Anuar membariskan bait pre-chorus itu dengan emosi yang pastinya mampu merentap bagi mereka yang memahami kisah di sebalik lagu ini. Susunan Andi bagaikan sebuat masterpiece terutama apabila lagu ini menjengah bridge pada minit ke 2.57 dan seterusnya. Ensemble muzik yang cukup enak yang membuatkan pendengar mau dan mau lagi mendengarnya.

‘Ajari Aku’ seakan mengimbas kembali zaman berada di sekolah menengah sewaktu mendengar muzik yang dimainkan oleh kumpulan marching band sekolah. Trek ketiga ini mempunyai elemen tersebut tetapi ia digabungkan dengan tepat. Ciptaan Adrian Martadinata dan sususan oleh Irwan Simanjuntak, lagu ini antara lagu yang mempunyai chorus yang paling memorable. “Hanya engkau yang bisa/Hanya engkau yang tahu/Hanya enkau yang mengerti/Semua inginku” dilaungkan Anuar seakan memberitahu isi jiwanya. Gesekan strings pada minit 2.45 cukup memuaskan halwa telinga. Kemuncak lagu ini yang bermula pada minit 3.15 dan seterusnya elevates the song to a whole new level with that amazing arrangement.

‘Pernahkah’ ciptaan Jimmy Sogalrey dan Ari Bias mempunyai vibe balada-balada klasik Indonesia. Ketenangan dalam melodi jelas terpancar lebih-lebih lagi apabila alunan vokal Anuar sungguh mendamaikan. Begitu juga dengan ‘Sempurnakan Aku’ ciptaan Numata dan ‘Terindah’ karya Nico Ajie Bandy. Kedua-dua lagu ini meneruskan kesinambungan melodi melankolik yang mengisi rekod ini.

I’d say ‘Simpati Cintamu’ sentuhan Hazami is the weakest track out of the bunch. The music seems generic and it doesn’t really go hand in hand with the rest. I’m quite disappointed kerana mengharapkan sesuatu yang berbeza daripada Hazami.

‘Cinta Harus Memiliki’ merupakan trek terakhir album ini. Ciptaan Numata, muzik lagu ini mempunyai iras lagu hit Anuar sebelum ini iaitu ‘Ketulusan Hati’ tetapi nyatanya, trek kali ini berada di satu kelas lebih atas dan cukup berjiwa. Andi begitu bijak menyusun melodi. Minit ke 4.10 dan keatas melengkapkan karya ini sehingga layak diangkat sebagai terk terbaik keseluruhan. Hebat!

Album Anuar ini sungguh tebal jiwa Indonesianya. Mungkin Anuar lebih selesa dengan muzik begini dan rasanya tiada kesalahan kerana jelas beliau menghasilkan sesuatu yang baik dan besar perbezaan kualitinya berbanding album Melayu yang biasa. Sekiranya Anuar mahu meneruskannya di masa hadapan, muziknya haruslah selalu dikembangkan agar tidak kedengaran one dimensional nanti. Tetapi untuk kali ini, beliau berjaya. Dapatkan album ini di pasaran sekarang pada harga RM 36.90.

Komen


 
Akan Datang
 
  • Aku Ada
  • HooreHoore
  • 29Feb
  • Mantera
  • 3Temujanji
  • JanganPandangPandang
  • BPB
  • ChowKit