Random Article
 

 
 

 
 

29 Februari

0
Posted September 3, 2012 by TP in 2012
29feb

Rating

Plot
 
 
 
 
 


Lakonan
 
 
 
 
 


Sinematografi
 
 
 
 
 


Arahan
 
 
 
 
 


Total Score
 
 
 
 
 


Info

Tahun:
 
Genre: ,
 
Direktor:
 
Penerbit:
 
Pelakon: , ,
 
Bahasa: Malaysia
 
Durasi: 104 Min
 
Tarikh Tayangan: 30 Ogos 2012
 

Tahniah kepada Edry Abd Halim dan KRU Sudios kerana telah berjaya menghasilkan filem 3D stereoskopik pertama negara. Walaupun TP hanya dapat menonton filem tersebut dalam 2D baru-baru ini, namun TP menyukai visual yang dipaparkan. Gambar dan warnanya cukup jelas. Bravo! Remy Ishak menggalas tugas sebagai pelakon utama bernama Budi dalam filem muzikal drama ’29 Februari’ [...]

by TP
Full Article

Tahniah kepada Edry Abd Halim dan KRU Sudios kerana telah berjaya menghasilkan filem 3D stereoskopik pertama negara. Walaupun TP hanya dapat menonton filem tersebut dalam 2D baru-baru ini, namun TP menyukai visual yang dipaparkan. Gambar dan warnanya cukup jelas. Bravo!

Remy Ishak menggalas tugas sebagai pelakon utama bernama Budi dalam filem muzikal drama ’29 Februari’ ini. Beliau dibantu oleh Jojo Goh (Lily), Izzue Islam (Razak), Namrom (Pak Salam) dan beberapa nama lain lagi.

Asas ceritanya adalah berkenaan Budi. Dilahirkan pada 29 Februari 1986, Budi hanya akan meningkat usia 4 tahun sekali iaitu setiap tahun lompat. Edry dan Ami Hafizi mengambil peluang menerusi idea ini untuk menonjolkan kemampuan mereka merealisasikan sebuah filem yang memperlihatkan peredaran zaman yang berlaku di Malaysia dari sewaktu penjajahan British, serangan Jepun, kemerdekaan Malaya, tragedi 13 Mei dan sehinggalah ke tahun 2012.

Watak Budi berjaya merasai kehidupan selama 120 tahun. Penonton disajikan dengan perlbagai kesan khas yang cukup menarik. Pastinya kerja keras diberikan oleh pasukan filem ini untuk ‘menghidupkan’ kembali babak pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka pada tahun 1957. Mungkin hasilnya tidak terlalu sempurna, namun ia menarik.

Tetapi sukar bagi TP untuk memberikan standing O untuk filem ini kerana hasil ceritanya tidak seperti yang diharapkan. Idea tentang kehidupan Budi itu tidak digarap dengan sehabis baik, tetapi fokus lebih diberikan kepada kisah percintaan ‘agungnya’.

Sebagai Budi, Remy Ishak dapat menghidupkan watak seorang pemuda naïf yang dahagakan kasih sayang dan menghargai apa yang dia ada. Begitu juga dengan Jojo Goh sebagai Lily. Beliau memberikan hasil kerja yang baik tetapi tiada apa yang cemerlang. Biasa sahaja. Sayang, naskhah filem ini sendiri tidak memberi peluang secukupnya kepada Remy mahupun Jojo untuk mendalami watak yang diberikan kerana filem yang mempunyai idea yang berat ini telah ‘diringankan’ sehingga menjadi sebuah filem cinta biasa yang agak meleret.

Mungkin Edry mahu mewujudkan sifat ‘epik’ dalam kisah percintaan Budi dan Lily a la Titanic ataupun mungkin Curious Case of Benjamin Button tetapi hasilnya tidak cukup kuat malah lemah dari pelbagai segi. Bukan sahaja TP tidak dapat merasai agungnya cinta dua bangsa tersebut, tetapi TP turut terganggu dengan skrip yang tidak selari dengan peredaran zaman.

Budi melalui pelbagai zaman yang berbeza namun intonasinya tidak menunjukkan perbezaan tersebut. Budi seakan senang mengadaptasi kehidupannya dan lebih ‘moden’ berbanding tahun-tahun yang dilalui.Filem ini mungkin terlalu menitikberatkan perihal efek dan ‘gah’nya sahaja sehingga pengarah dan penulis tercicir nilai istimewa cerita asasnya. Potensinya cukup besar namun ia lemas dalam imaginasi berlebihan.

Ada yang memuji filem ini bersifat patriotik, tetapi dari sudut apa? Unsur patriotik yang diselitkan hanyalah sekadar jamuan mata untuk menerbitkan ‘wow’ dan ‘ahh’ dari mulut penonton. Adakah filem ini layak digelar sedemikian? Tidak kerana Budi sendiri tidak membawa sifat itu sehingga ke hujung.

Wataknya terlalu kalut dalam cinta yang mati ditengah jalan, dan di pengakhiran, kisahnya tidak mampu menggegar jiwa. Apa-apapun ‘29 Februari’ adalah usaha yang baik oleh pihak KRU Studios. Cuma diharapkan, lain kali titik beratkanlah soal cerita juga biar seiring dengan teknologi. Barulah sedap nak dipuji, dibanggakan dan diiktiraf ke peringkat antarabangsa. Kecewa dengan hasil ini, tetapi apa boleh buat? Dah siap pun…

Komen


29 Februari

0
Posted April 9, 2012 by TP in 2012

Rating

Plot
 
 
 
 
 


Lakonan
 
 
 
 
 


Sinematografi
 
 
 
 
 


Arahan
 
 
 
 
 


Total Score
 
 
 
 
 


Info

 
 
 
 
 

Mengisahkan perjalanan hidup Budi yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali membuatkannya sentiasa ditinggalkan orang yang tersayang. Adakah ini anugerah atau sumpahan? Saksikan 29 Februari, sebuah filem muzikal fantasi arahan Edry Abdul Halim di pawagam mulai 30hb Ogos 2012. Komen

by TP
Full Article

Mengisahkan perjalanan hidup Budi yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali membuatkannya sentiasa ditinggalkan orang yang tersayang. Adakah ini anugerah atau sumpahan? Saksikan 29 Februari, sebuah filem muzikal fantasi arahan Edry Abdul Halim di pawagam mulai 30hb Ogos 2012.

Komen


 
Akan Datang
 
  • Aku Ada
  • HooreHoore
  • 29Feb
  • Mantera
  • 3Temujanji
  • JanganPandangPandang
  • BPB
  • ChowKit